JENIS PERNIAGAAN #4
Antara Berniaga Pasar Malam vs Berniaga Kedai Runcit
KELEBIHAN & KELEMAHANJika dibuat perbandingan secara satu persatu diantara Berniaga Pasar Malam dengan Berniaga kedai Runcit, kedua-duanya memiliki Kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.
Yang paling KETARA ialah:
KEDAI RUNCIT
- Modal yang Besar
- Perlukan Lokasi & Kedai TETAP
- Perlu menyimpan STOK Barangan yang banyak
- Perlu Pekerja yang ramai
- Perlu Pengurusan yang cekap
- Kos Tanggungan yang tinggi
- Perlu Menunggu Pelanggan antara 10 hingga 24 jam sehari
- Margin Keuntungan Antara 5% hingga 45%
- Urusniaga harus menggunakan Sistem Teknologi IT - Data Kewangan & Stok
- Memerlukan Iklan dan Papantanda
- Modal yang sederhana mengikut jenis-jenis produk
- Tidak perlu Lokasi & Kedai tetap - Hanya kenderaan Bergerak / Berlainan Tempat
- Tidak perlu menyimpan STOK Barangan yang banyak (Ada juga tidak perlu menyimpan Stok)
- Perlukan Pekerja yang sedikit
- Perlu Pengurusan yang Mudah
- Kos Tanggungan yang rendah
- Hanya Perlu Menunggu Pelanggan 4 - 5 Jam sehari
- Margin Keuntungan Antara 20% - 200% (bergantung pada produk)
- Urusniaga secara Manual atau Konvensional
- Tidak perlu Iklan atau Papantanda
Walaupun Berniaga berkonsepkan Pasar Malam lebih kelihatan menguntungkan daripada Berniaga berkonsepkan Kedai Runcit, NAMUN pilihan akan bersandarkan kepada MINAT seseorang. Dimana bukan ramai yang mahu berniaga di Pasar-Pasar Malam dan lebih selesa dengan konsep Kedai Runcit yang nampak lebih exclusive.
Tetapi jika dibandingkan pula dengan PULANGAN MODAL, Perniagaan Pasar Malam akan lebih pantas memulangkan MODAL daripada Perniagaan Kedai Runcit, dimana kebiasaannya sesbuah Perniagaan Kedai Runcit memerlukan masa antara 2 hingga 3 Tahun bagi mendapatkan kembali MODAL.
Bagi Perniagaan Pasar malam pula kebiasaannya diantara 6 hingga 18 Bulan untuk mendapatkan kembali MODAL tetapi bergantung kepada jenis-jenis produk yang dipasarkan.
Kedua-dua jenis perniagaan ini juga memiliki MASAALAH yang sama iaitu PENGURUSAN WANG TUNAI. hanya Peniaga-Peniaga yang BERDISIPLIN TINGGI sahaja yang dapat MENGAWAL segala pengaliran WANG TUNAI mereka dengan baik.KEGAGALAN kedua-dua jenis Peniaga ini untuk bertahan lama didalam bidang masing-masing JUGA terletak kepada PENGURUSAN WANG TUNAI.
Dimana Sistem atau Kaedah BELI & JUAL yang juga menggunakan WANG TUNAI tidak dijaga dengan teliti dan akhirnya Margin Keuntungan merosot dan ia akan menjejas kelicinan pergerakan perniagaan mereka dihari-hari berikutnya.
Lebih-lebih lagi jika diantara Peniaga-Peniaga ini membuat PINJAMAN WANG MODAL daripada Institusi Kewangan ataupun dengan bantuan Agensi Kerajaan. Ini akan menyebabkan TEKANAN terhadap PEMBAYARAN BALIK jika penjualan dan keuntungan merosot.Kerana itu dalam banyak Posting saya menekankan supaya setiap Peniaga itu FAHAM dan MEMAHAMI jenis-jenis perniagaan yang akan mereka ceburi dengan baik, lebih baik jika pernah bekerja dengan orang lain sebelumnya. Kerana PENGALAMAN anda bekerja adalah Aset yang sangat bernilai untuk menjalankan usahaniaga sendiri.
editor

