Saturday, May 28, 2011

SWOT #3 : MEMAHAMI FUNGSI PARTI POLITIK & KERAJAAN - Post #273

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #273


MEMAHAMI FUNGSI PARTI POLITIK & KERAJAAN
APA JURANG BIDANG KUASA & KEFUNGSIAN NYA


FUNGSI PARTI POLITIK (Lanjutan dari post #272)
  • Sebuah Parti Politik yang telah mendapat KUASA untuk Memerintah Negara dengan menubuhkan sebuah KERAJAAN akan berbeza KEFUNGSIAN NYA.
  • Dimana Kedua-dua Parti Politik dengan Sebuah Kerajaan adalah BERBEZA ENTITI serta Tugas & Tanggung Jawap yang perlu di laksanakan.
DALAM PARTI
  • Semua Anggota Parti adalah TERTAKLUK dan TERIKAT kepada semua IDEOLOGI dan TATA-TERTIP Kepartian yang di wujudkan oleh sesebuah Parti Politik.
  • Dimana setiap Parti Politik akan Bertanggung Jawap terhadap semua Keanggotaan Parti dari Jawatan Presiden hingga lah kepada Ahli-Ahli Biasa.
TUGASAN & TANGGUNG JAWAP PARTI
  • Melakar IDEOLOGI untuk Parti dan Melaksanakan nya menurut kehendak & keperluan Anggota Parti dan Masyarakat yang mereka Wakili.
  • Menubuhkan Jabatan-Jabatan Tertentu untuk di pertanggung jawap kan melakukan KERJA-KERJA yang boleh memanfaatkan Perjuangan Parti melalui Anggota mereka.
JABATAN-KEMENTERIAN DALAM PARTI POLITIK & KERAJAAN
Jabatan-Jabatan yang di wujudkan di dalam sesebuah Parti Politik akan berupa sebuah ORGANISASI yang Mirip seperti sebuah KEMENTERIAN di dalam sebuah KERAJAAN, dan di Negara Malaysia Parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional - BN, Memiliki dan Menguasai kedua-dua FUNGSI Jabatan dalam Parti dan Kementerian dalam Kerajaan. 
Pihak Pembangkang yang di Pelopori oleh Pakatan Rakyat - PR menubuhkan "Kerajaan Bayangan - Shadow Cabinet" mereka sendiri untuk di selaraskan dengan Fungsi sebuah Kerajaan, dimana akan wujud dan di wujudkan :-
  1. Jabatan Pentadbiran Parti / Kementerian Jabatan Perdana Menteri
  2. Jabatan Hal Ehwal Parti /  Kementerian Dalam Negara
  3. Jabatan / Kementerian Kewangan
  4. Jabatan / Kementerian Pengangkutan
  5. Jabatan / Kementerian Kerja
  6. Jabatan / Kementerian Industri Pertanian & Komoditi
  7. Jabatan / Kementerian Pertanian Asas Tani & Perikanan
  8. Jabatan / Kementerian Sumber Tenaga, Air & Sumber Asli
  9. Jabatan / Kementerian Perusahaan & Perdagangan Antarabangsa
  10. Jabatan / Kementerian Hal Ehwal Pengguna Dalam Negara
  11. Jabatan / Kementerian Pendidikan 
  12. Jabatan / Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
  13. Jabatan / Kementerian Sumber Tenaga Manusia
  14. Jabatan / Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  15. Jabatan / Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  16. Jabatan / Kementerian Pertahanan
  17. Jabatan / Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  18. Jabatan / Kementerian Hal Ehwal Luar Negara
  19. Jabatan / Kementerian Belia & Sukan
  20. Jabatan / Kementerian Kesihatan
  21. Jabatan / Kementerian Wanita, Keluarga & Pembangunan Masyarakat
  22. Jabatan / Kementerian Pelancungan
  23. Jabatan / Kementerian Wilayah Persekutuan
  24. Jabatan / Kementerian Pendidikan Tinggi
  25. Jabatan / Kementerian Sumber Asli & Persekitaran
***SENARAI KEMENTERIAN dalam KERAJAAN MALAYSIA di lihat ada PERTINDIHAN TUGAS & TANGGUNG JAWAP dan akan menaikkan KOS PENTADBIRAN untuk NEGARA***
BIDANG KUASA ANTARA DALAM PARTI DENGAN DALAM KERAJAAN
DALAM PARTI
  • Hanya terlibat didalam Hal-Hal Perancangan untuk semua KEMENTERIAN dan di lakukan melalui JABATAN yang berkaitan.
  • Anggota Parti yang di pertanggung jawap kan akan melakukan Tugasan untuk MENYELARASKAN IDEOLOGI PARTI kedalam SETIAP POLISI sesebuah KEMENTERIAN.
  • Yang pula DI PERSETUJUI secara bersama didalam MAJLIS TERTINGGI PARTI bagi sesuatu USUL yang akan di laksanakan dalam sesuatu KEMENTERIAN.
  • Tetapi PERLAKSANAAN nya hanya dapat di lakukan di dalam KEMENTERIAN sahaja kerana PERUNTUKKAN atau BAJET di miliki oleh Kementerian sahaja.
  • Bekerja di dalam sebuah Parti Politik secara LAZIM nya tidak ada GAJI yang di berikan kerana Perjuangan dalam parti di anggap sebagai suatu KERJA SUKARELA.
  • KECUALI untuk Pekerja-Pekerja Pentadbiran yang BEKERJA secara TETAP.
DALAM KERAJAAN
  • Anggota Parti yang bertanggung jawap terhadap sesebuah JABATAN dalam Parti selalu nya Menjawat Jawatan MENTERI di dalam KERAJAAN, jika parti mereka yang menjadi PEMERINTAH.
  • Dan sebagai seorang MENTERI dalam KERAJAAN, mereka juga di pertanggung jawap kan untuk MELAKSANAKAN IDEOLOGI dan POLISI Parti ke dalam Kementerian selain melaksanakan segala PERANCANGAN untuk Rakyat & Negara.
  • Sebagai Anggota Parti yang menjawat Jawatan MENTERI, mereka akan di bayar GAJI melalui KEWANGAN KERAJAAN NEGARA yang memerintah.
PERBEZAAN KUASA & TANGGUNG JAWAP
Apabila seseorang Anggota Parti yang MEMERINTAH menjadi seorang MENTERI dalam KERAJAAN yang di tubuhkan, maka Bidang KUASA & TANGGUNG JAWAP mereka akan berbeza seperti berikut :
SEBAGAI KETUA JABATAN DALAM PARTI
  • Tertakluk kepada PARTI
  • Tertakluk kepada KETUA PARTI
  • Tidak Tertakluk kepada KERAJAAN
  • Tidak Tertakluk kepada RAKYAT
  • Di bawah Tadbir-Urus KETUA atau PRESIDEN PARTI
  • Tidak ada KUASA untuk MEMERINTAH RAKYAT
SEBAGAI MENTERI DALAM KEMENTERIAN KERAJAAN
  • Tertakluk kepada PARTI yang Memerintah
  • Tertakluk kepada KABINET KERAJAAN
  • Tertakluk kepada PERDANA MENTERI
  • Tertakluk kepada NEGARA
  • Tertakluk kepada RAKYAT UMUM
  • Di bawah Tadbir-Urus JABATAN PERDANA MENTERI
  • Berkuasa untuk MEMERINTAH terhadap KEMENTERIAN yang di wakili
KONFLIK JAWATAN & KUASA

  • Selalu nya, seseorang Anggota Parti yang Menjawat Jawatan MENTERI di dalam sebuah KERAJAAN, akan TERKELIRU dalam KEFUNGSIAN NYA sebagai seorang ANGGOTA PARTI dan ANGGOTA KERAJAAN yang memerintah.
  • Melalui STATISTIK (tidak rasmi) ramai MENTERI-MENTERI (di banyak Negara) Lebih BERTANGGUNG JAWAP terhadap PARTI yang di wakili daripada BERTANGGUNG JAWAP terhadap RAKYAT & NEGARA melalui JAWATAN MENTERI yang mereka sandang.
  • Dimana mereka (Menteri) lebih CENDERUNG untuk MELAKSANAKAN IDEOLOGI & PROGRAM untuk kepentingan Parti daripada untuk Kepentingan Rakyat & Negara.
MENURUT PERUNDANGAN
  • Jika di lihat dari Sudut PERUNDANGAN NEGARA, setiap MENTERI adalah BERTANGGUNG JAWAP untuk MELAKSANAKAN segala Tugas & Tanggung Jawap sebagai MENTERI di sesuatu KEMENTERIAN untuk MENJAGA Kebajikan & Kesejateraan RAKYAT & NEGARA.
  • Dan ini dapat DI LIHAT melalui Proses MENGANGKAT SUMPAH sebagai seorang MENTERI untuk NEGARA.
  • Secara Perundangan, seseorang yang telah MENGANGKAT SUMPAH menjadi MENTERI untuk NEGARA, harus MEMENTINGKAN HAL EHWAL RAKYAT & NEGARA daripada PARTI yang DI WAKILI dan BUKAN SEBALIK NYA.
OLEH KERANA
  • Oleh kerana KUASA RAKYAT hanya boleh DI KUAT-KUASA dalam TEMPOH 4-5 TAHUN SEKALI melalui PROSES MEMBUANG UNDI, maka SETIAP KEPINCANGAN yang di lakukan oleh Anggota-Anggota sesebuah parti Politik yang menjadi PEMERINTAH tidak dapat DI PANTAU atau DI AMBIL TINDAKKAN oleh RAKYAT selepas Proses PEMBUANGAN UNDI berakhir.
  • Lebih buruk lagi keadaan nya jika didalam sesebuah KERAJAAN yang MEMERINTAH NEGARA itu tidak WUJUD SUARA PEMBANGKANG yang SEIMBANG dengan WAKIL atau AHLI dari PARTI yang MEMERINTAH.
TUGAS & TANGGUNG JAWAP KERAJAAN ADALAH
  • Untuk Menyediakan, Mewujudkan dan Melaksanakan SEGALA Program-Program yang MEMBANTU RAKYAT secara KESELURUHAN yang DI SELARASKAN dengan segala KEHENDAK & KEPERLUAN RAKYAT JELATA.
  • Untuk Mentadbir-Urus Wang & Dana RAKYAT & Milik Negara secara TELUS, ADIL & BIJAKSANA.
  • KERANA mereka BERADA di dalam KERAJAAN atas UNDIAN & KEPERCAYAAN melalui IDEOLOGI PARTI yang di JANJIKAN kepada Rakyat sewaktu Proses PILIHAN RAYA.
KEHENDAK & KEPERLUAN RAKYAT
RAKYAT UMUM
  • Keperluan & Perbekalan Barangan ASAS Pengguna seperti Bahan & Barangan Makanan & Minuman
  • Tempat Penginapan dan Perumahan yang mencukupi serta memiliki semua Prasarana & Insfrastruktur AWAM.
  • Kos-Kos Bil Letrik, Air & Gas yang MAMPU BAYAR dan setanding dengan Pendapatan
  • Peluang Pekerjaan yang mencukupi untuk SARA HIDUP
  • Sistem Pendidikan & Persekolahan yang bersistematik
  • Sistem Penjagaan Kesihatan yang CEKAP
  • Sistem Pengangkutan yang menyeluruh di Dalam dan Luar Bandar
  • Sistem Perbankkan, Kewangan & Insuran yang MUNASABAH untuk Perlindungan Rakyat
RAKYAT PENIAGA
  • KOS Pengangkutan Awam yang MAMPU BAYAR
  • KOS Operasi Perniagaan yang MAMPU BAYAR
  • KOS Cukai-Cukai yang MAMPU BAYAR
  • KOS Hartanah yang MAMPU BELI
  • Peluang Perniagaan yang terbuka luas
  • Sistem Kewangan & Perbankkan yang MESRA PENGGUNA
  • Bantuan-Bantuan Kerajaan yang menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi
TUGAS PERDANA MENTERI
  • Adalah menjadi Tugas & Tanggung Jawap seorang PERDANA MENTERI untuk memastikan segala URUSAN di dalam SEMUA KEMENTERIAN berjalan lancar untuk KEPENTINGAN RAKYAT dan NEGARA.
  • Seorang PERDANA MENTERI juga harus MENGUTAMAKAN RAKYAT & NEGARA daripada Kepentingan PARTI yang di wakili.
  • Dan HARUS MEMASTIKAN setiap MENTERI dari seorang TIMBALAN PERDANA MENTERI sehingga ke Jawatan TIMBALAN MENTERI menjalankan segala Tugas & Tanggung Jawap mereka di dalam Kementerian masing-masing dengan penuh DEDIKASI dan BERKHIDMAT kepada RAKYAT & NEGARA.
  • BUKAN dengan MEMENTINGKAN PARTI & ANGGOTA PARTI & DIRI SENDIRI, jika ini berlaku bermakna mereka telah MELANGGAR SUMPAH sebagai MENTERI yang di LANTIK Oleh NEGARA.
RUMUSAN
  • KERAJAAN yang BERWIBAWA, CEKAP, ADIL & BIJAK di dalam TADBIR & URUS sebuah KERAJAAN akan di SOKONG penuh oleh semua Lapisan RAKYAT.
  • TETAPI sebuah KERAJAAN yang SOMBONG, TIDAK ADIL, TIDAK BIJAK didalam TADBIR & URUS sebuah KERAJAAN akan DI UNDI KELUAR dari menjadi PEMERINTAH oleh RAKYAT.
  • KERANA pada HARI INI semua RAKYAT telah lebih BERPENDIDIKAN dan TAHU untuk MENILAI sesebuah KERAJAAN melalui segala TINDAK TANDUK yang mereka jalankan sebagai PEMERINTAH.
UNTUK "KABINET BAYANGAN"
  • Anggota KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT - PR yang di tubuhkan oleh Pihak PEMBANGKANG seharus nya telah DAPAT MENGETAHUI & MEMAHAMI dengan JELAS apakah yang perlu di lakukan JIKA mereka di lantik oleh RAKYAT untuk MEMERINTAH.
  • CONTOH selama 54 TAHUN yang di PAMERKAN oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL - BN melalui Pelbagai KEJAYAAN dan KELEMAHAN harus di beri PERHATIAN YANG KHUSUS dan di lakukan Perancangan yang LEBIH BAIK untuk RAKYAT.
  • JIKA mereka (Pembangkang) GAGAL untuk memberikan ALTERNATIF kepada RAKYAT, maka USAHA mereka untuk MEMERINTAH adalah SIA-SIA.
editor


Untuk Rujukan anda : 
http://www.townplan.gov.my/ensiklopedia/BAB%2002.pdf
Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri
http://www.youtube.com/watch?v=P0FgkDSuk1k&feature=player_embedded

Friday, May 27, 2011

SWOT #2 : MEMAHAMI GEO-POLITIK NEGARA MALAYSIA - Post #272

TIPsNIAGA.COM - SWOT ANALYSIS - Post #272


MEMAHAMI GEO-POLITIK NEGARA MALAYSIA
APA KESAN KEPADA PERNIAGAAN


PENGETAHUAN POLITIK (Lanjutan dari Post #271)
  • Di dalam sesebuah Perniagaan wujud Pembelajaran untuk mengetahui PERANAN POLITIK terhadap sesuatu PERTUMBUHAN EKONOMI kepada Peniaga & Usahawan dan Negara.
  • Editor TIPsNIAGA.COM mengambil Negara MALAYSIA sebagai Bahan Pembentangan kerana TIPsNIAGA.COM sememang nya Mengkhususkan dan Mengutamakan Pendidikan Ilmu Perniagaan di dalam Negara Malaysia ini, agar RAKYAT MALAYSIA di dalam Golongan Bawahan dapat Mempelajari, Memahami serta Mengetahui mengenai SUASANA PERNIAGAAN di dalam POLITIK Negara.
  • Sebagai langkah untuk memperkemaskan Ilmu Pengetahuan di dalam DUNIA PERNIAGAAN yang akan dan sedang mereka jalankan.
KOMPONEN PARTI POLITIK MALAYSIA
Seperti yang semua ketahui, di dalam Negara Malaysia wujud Dua (2) Parti Perikatan Parti Poltik yang besar yang menjadi Tunjang kepada Kestabilan Politik Negara.
1...BARISAN NASIONAL (BN) melalui Kesatuan Parti-Parti (1973-2011) seperti :
  • UMNO - United Malays National Organization (Najib RAZAK)
  • PGRM - Parti GERAKAN Rakyat Malaysia (KOH Tsu Koon)
  • LDP - Parti LIBERAL Democratic - Sabah (LIEW Vui Keong)
  • MCA - Malaysian Chinese Association (CHUA Soi Lek)
  • MIC - Malaysian Indian Congress (Govindasamy PALANIVEL)
  • PBRS - Parti Bersatu Rakyat Sabah (Joseph KURUP)
  • PBS - Parti Bersatu Sabah (Joseph PAIRIN KITINGAN)
  • PBB - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (Abdul Taib MAHMUD)
  • PRS - Parti Rakyat Sarawak (James MASING)
  • UPKO - United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (Bernard DOMPOK)
  • PPP - People's Progressive Party (M.Kayveas)
  • SPDP -  Sarawak Progressive Democratic Party (William MAWAN)
2...PAKATAN RAKYAT (PR) melalui Kesatuan Parti-Parti Politik (2008-2011) seperti :
  • PKR - Parti Keadilan Rakyat - (Dr Wan Azizah)
  • DAP - Democratic Action Party (Karpal SINGH)
  • PAS - Parti Islam Se Malaysia (Hj Abdul Hadi AWANG)
3...PARTI BEBAS (dalam Kerajaan Sabah)
  • SAPP - Sabah Progressive Party (YONG Teck Lee)
4...PARTI-PARTI LAIN BUKAN DALAM MANA-MANA PERIKATAN
  • PRM - Parti Rakyat Malaysia
  • PPM - Parti Pekerja Malaysia
  • MDC - Malaysian Dayak Congress
  • BERJASA - Barisan Jemaaah Islamiah Se Malaysia
  • KIMMA - Malaysian Indian Muslim Congress
  • PASOK - United Pasok Nunukragang National Organization
  • CCC - Community Coalition Congress
  • BERSEKUTU - Federated Sabah People's Front
  • SETIA - United Democratic Sabah People's Power Party
  • STAR - State Reform Party
  • KITA - Malaysian People's Wellbeing Party
  • MDP - Malaysian Democratic Party
  • PBDS - Parti Bangsa Dayak Sarawak
  • AMIPF - All Malaysian Indian Progressive Front
  • PCM - Parti Cinta Malaysia
  • MKSP - Malaysian Makkal Sakhti Party
  • HRP - Human Rights Party
  • PERSB - Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu
  • SNAP - Sarawak National party
PECAHAN BANGSA KETURUNAN & AGAMA RAKYAT MALAYSIA
1...PECAHAN BANGSA MENURUT PERATUSAN
  • MELAYU - 50.4%
  • CINA - 23.7%
  • INDIA - 7%
  • PRIBUMI - 11%
  • LAIN-LAIN - 7.8%
2...PECAHAN AGAMA MENURUT PERATUSAN
  • ISLAM - 60.4%
  • KRISTIAN - 9.1%
  • BUDDHA - 19.2%
  • HINDU - 6.3%
  • CONFUCIUS / TAOISM & LAIN-LAIN - 2.6%
  • TIDAK DI KETAHUI JENIS AGAMA - 1.6%
  • TIADA AGAMA - 0.8%
PECAHAN KETURUNAN BANGSA MELAYU
A)...BANGSA MELAYU 
  • Adalah KETURUNAN Asal BANGSA yang menduduki Semenanjung Malaysia, Thailand, Borneo, Sumatera Indonesia dan Filipina yang di kenali sebagai BANGSA yang menggunakan BAHASA MELAYU yang di dalam Rumpun Bahasa AUSTRONESIA
B)...PECAHAN BANGSA MELAYU
B1...MELAYU ASLI atau MELAYU PURBA - (Proto Malay)
  • Yang berasal dari TANAH BESAR ASIA (Tanah Besar China) yang terdiri daripada Bangsa-Bangsa MONGGOL dan AUSTRONESIA dan berpindah ke Kepulauan Asia Tenggara sekitrar tahun 1500-2500 Sebelum Masehi.
  • Kumpulan Melayu Purba ini juga menduduki Negeri-Negeri seperti KEMBOJA dan TAIWAN, Kepulauan NEW GUINEA.
  • Termasuk di kepulauan di NEW ZEALAND, MADAGASCAR dan AUSTRALIA
  • Dan banyak berkehidupan untuk mencari Rezeki di Lautan sebagai Nelayan dan juga Anak-Anak Kapal kepada Pedagang CINA, ARAB dan INDIA di sekitar Tahun 2000 Sebelum Masehi.
  • Ini bermakna Aktiviti Ekonomi Bangsa Melayu Purba ini telah bermula lebih awal daripada yang di sangkakan ramai.
B2...MELAYU CAMPURAN PENDATANG - (Deutero Malay)
  • Bangsa Melayu ASLI / PURBA yang berasal di Kepulauan Asia Tenggara dan telah bercampur dengan Kaum-Kaum Pendatang dari Melayu KEMBOJA, CHINA, ARAB dan Orang Asli Negro dari Kepulauan Asia Tenggara.
  • Dan Golongan Bangsa Melayu Campuran ini banyak melakukan Aktiviti Perdagangan berasaskan Keturunan Asal mereka dari Kaum Pedagang yang berbagai Bangsa.
  • Secara tidak langsung Kaum Melayu Campuran ini lebih MANTAP Taraf Ekonomi mereka jika di bandingkan dengan Melayu Asli lain yang bekerja sebagai Nelayan dan Anak Kapal.
B3...MELAYU CAMPURAN INDIA
  • Bangsa Melayu-Melayu ini juga terlibat dengan Percampuran dengan BANGSA INDIA yang Asal nya Beragama HINDU yang berlaku sekitar Tahun 1700 Sebelum Masehi
  • Melayu Campuran India ini lah yang MEMPERKENALKAN Sistem Pemerintahan BERAJA yang di adaptasi dengan NEGARA INDIA.
  • Dimana Legasi Bangsa Campuran India ini yang telah mencorakkan SEJARAH Pemerintahan SRIVIJAYA di Kepulauan JAWA Indonesia sehingga wujud Legenda-Legenda seperti Sang Nila Utama (Temasek-Singapura) dan Parameswara (Melaka) yang berlaku sekitar Tahun 1324.
  • Dan melalui Cetusan Pemerintah Beraja yang di bawa oleh PENGARUH INDIA yang bermula dari Empayar SRIVIJAYA, maka wujud lah Kesultanan-Kesultanan Melayu di Negeri-Negeri seperti Singapura, Melaka, Langkasuka (Kedah Tua), Perak, Kelantan, Trengganu, Johor, Brunei, Filipina (Sulu)
  • Dimana dengan mewujudkan Pemerintah BERAJA, sesuatu KAUM atau BANGSA itu dapat MENGUASAI EKONOMI Negeri-Negeri terlibat, yang membawa maksud PENJAJAHAN Negeri untuk MENAWAN EKONOMI TEMPATAN.
  • Ini juga membawa PENGERTIAN bahawa pada Zaman dahulu ILMU EKONOMI ini bukan perkara yang baharu kepada Orang-Orang di dalam Zaman tersebut, malah mereka kelihatan LEBIH CEKAP di dalam PENGURUSAN EKONOMI melalui Perundangan Sistem BERAJA.
B4...BAHASA MELAYU BAHASA RASMI
  • Semenjak bermula nya atau kewujudan MELAYU ASLI / PURBA sehingga kepada wujudnya MELAYU CAMPURAN dan MELAYU CAMPURAN INDIA, Bahasa MELAYU di gunakan secara RASMI sebagai suatu BAHASA KOMUNIKASI dan BAHASA IBUNDA sehingga ke Abad 18 Masehi.
  • Dimana Bahasa MELAYU ini di guna-pakai daripada Tanah Besar Asia, India, Semenanjung Malaysia, Seluruh Indonesia termasuk Borneo, Filipina, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Kepulauan Australia, New Zealand, Afrika dan hingga ke Eropah seperti Belanda, Portugal, Perancis dan England.
  • Ini di sebabkan oleh PEDAGANG-PEDAGANG pada Zaman itu terdiri dari BANGSA KETURUNAN MELAYU (Melayu Campuran), jadi tidak menghairankan jika pada Zaman tersebut Bahasa MELAYU di jadikan sebagai BAHASA KOMUNIKASI PERNIAGAAN ANTARABANGSA.
B5...MUNCUL MELAYU KEDAERAHAN & KENEGERIAN
  • Melalui PENJAJAHAN NEGARA & EKONOMI yang berlaku pada Zaman-Zaman Sebelum Masehi lagi telah wujud BANGSA MELAYU yang memiliki IDENTITI yang TERSENDIRI.
  • Perkara ini berlaku kerana MEREKA telah MENDIAMI sesuatu TEMPAT, KAWASAN atau NEGERI kerana telah Memantapkan Taraf Ekonomi dan segala Insfrastruktur.
  • Dan melalui sesuatu Tempat, Kawasan an Negeri itu pula Bangsa-Bangsa MELAYU seperti MELAYU Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak, Siam, Filipina, Singapura dan lain-lain Negeri lagi WUJUD.
  • Dan mereka menguatkan segala BUDAYA & ADAT RESAM yang berlainan di antara satu dengan yang lain.
  • Dan PENGARUH yang MEMPENGARUHI sesuatu Budaya & Adat Resam itu pula di sebabkan oleh KEKUATAN sesuatu KAUM yang menjadi MAJORITI di dalam sesuatu Tempat, Kawasan dan Negeri tersebut.
KESAN PSIKOLOGI DARI SEJARAH MELAYU LAMA
Oleh kerana berlaku PECAHAN di dalam MELAYU KENEGERIAN inilah yang telah MENYEBABKAN mereka telah berbeza, termasuk dan melibatkan semua BANGSA-BANGSA MINORITI yang lain seperti :-
  • KEHENDAK & KEPERLUAN
  • CARA BERFIKIR
  • CARA BERBUDAYA
  • ADAP & RESAM
  • IDEOLOGI KAUM
  • SEMANGAT POLITIK
  • AKTIVITI EKONOMI
KESAN NYA
  • Dan FAKTOR-FAKTOR seperti yang di sebutkan itu lah yang menyebabkan pada HARI INI wujud Pelbagai PARTI-PARTI POLITIK yang berbeza ALIRAN, IDEOLOGI PERJUANGAN dan KEPENTINGAN.
  • Dan jika di KAJI kepada SEJARAH SILAM tersebut, sesuatu IDEOLOGI PERJUANGAN merupakan KEPENTINGAN untuk MEREBUT PELUANG EKONOMI kepada APA yang DI TAWAN dan SIAPA YANG MENAWAN.
  • Kerana FALSAFAH dari zaman dahulu lagi berpendapat EKONOMI adalah TUNJANG KUASA kepada sesuatu PEMERINTAH.
  • PERSOALAN samaada PEMERINTAH itu boleh bersikap ADIL atau ZALIM akan terpulang kepada SIAPA YANG MEMERINTAH.
PADA HARI INI
  • Pada HARI INI dengan Wujud nya pelbagai PARTI-PARTI POLITIK seperti Perikatan BARISAN NASIONAL -BN dan PAKATAN RAKYAT - PR adalah KESINAMBUNGAN kepada APA yang pernah BERLAKU di dalam SEJARAH SILAM.
  • Yang berbeza hanya RAJA-RAJA dan SULTAN-SULTAN yang maseh wujud pada hari ini sudah tidak BERKUASA MUTLAK seperti di Zaman yang Silam.
  • Pada hari ini KUASA-KUASA tersebut telah di PINDAHKAN kepada Jawatan-Jawatan PERDANA MENTERI atau PRESIDEN melalui sebuah DEWAN RAKYAT atau KABINET PEMERINTAH yang di olah melalui SISTEM DEMOKRASI BARAT.
IDEOLOGI POLITIK
  • IDEOLOGI POLITIK di dalam PARTI-PARTI POLITIK pada HARI INI juga tidak jauh berbeza daripada Pemerintahan di Zaman-Zaman Silam.
  • Maseh MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN BANGSA & KAUM SENDIRI sebagai yang UTAMA dan Bangsa & Kaum yang lain KEUTAMAAN KEDUA.
  • Dan untuk Zaman ini membawa MAKSUD bahawa kepentingan untuk PARTI (KAUM) yang PERTAMA, RAKYAT Soal KEDUA dan NEGARA menjadi Soal KETIGA.
  • Dimana TUMPUAN akan di berikan kepada ASPEK PENJANAAN EKONOMI yang bersifat KEKITAAN (kaum)
  • Kerana sebab-sebab tersebut KEBANYAKAN PARTI POLITIK pada hari ini AMAT SUKAR untuk MENGALAH untuk memberi LALUAN kepada TRANFORMASI POLITIK dan EKONOMI NEGARA yang sukar di wujudkan oleh Parti-Parti yang memerintah (banyak berlaku di Dunia ini)
LATAR BELAKANG PARTI POLITIK KINI
  • Jika anda LIHAT SEPINTAS LALU kepada Senarai Parti-Parti Politik yang tersenarai di atas, anda sudah dapat MEMAHAMI bagaimana atau apakah CORAK sesuatu IDEOLOGI yang mereka perjuangkan.
  • Dimana PARTI yang maseh berlandaskan KAUM akan TETAP memperjuangkan KEPENTINGAN KAUM NYA dari pelbagai Sudut Politik, Ekonomi dan Kepentingan Kaum serta Parti. (semak penyertaan Negeri asal mereka)
  • PARTI-PARTI yang berlandaskan ANTARA PELBAGAI KAUM serta yang bersifat NASIONAL pula akan memperjuangkan sesuatu HAK dan KEPENTINGAN secara ADIL & SAKSAMA
  • Dan PARTI-PARTI yang berlandaskan AGAMA ISLAM pula akan memperjuangkan NILAI-NILAI ISLAM sebagai TUNJANG dan ETIKA kepada PEMERINTAHAN ISLAM yang di YAKINI sebagai MODEL PENTADBIRAN & PENGURUSAN KERAJAAN yang paling AFDAL serta ADIL didalam DUNIA hari ini, yang di UNJURKAN oleh AGAMA ISLAM itu sendiri.
IDEOLOGI PARTI vs IDEOLOGI RAKYAT UMUM
  • Dengan PERTEMBUNGAN pelbagai IDEOLOGI ini, yang paling KETARA ialah pertembungan di antara IDEOLOGI dari Parti yang Memerintah dengan IDEOLOGI RAKYAT UMUM yang terdiri daripada SEMUA KAUM atau BANGSA.
  • Jika Parti yang Memerintah adalah dari Parti yang memperjuangkan IDEOLOGI KAUM, maka Parti tersebut akan menerima TENTANGAN dan tidak akan mendapat SOKONGAN daripada RAKYAT UMUM.
  • Dimana RAKYAT UMUM secara UMUM nya menghendaki LAYANAN yang ADIL & SAKSAMA dari Pihak Kerajaan yang Memerintah.
  • Dan jika Parti-Parti sesuatu KAUM yang Memerintah itu tidak PEKA terhadap Kehendak & Keperluan RAKYAT UMUM, maka besar kemungkinan Jenis Parti-Parti KAUM tersebut akan di singkirkan dari terus memerintah Negara.
  • APA yang perlu mereka lakukan ialah melakukan PERUBAHAN kepada IDEOLOGI PARTI kepada IDEOLOGI yang lebih Umum, lebih Terbuka dan lebih PEKA terhadap semua KAUM atau BANGSA. memang sukar untuk di laksanakan tetapi itu telah menjadi suatu KEPERLUAN MASA KINI.
RUMUSAN
  • Yang pasti ialah tidak wujud Masaalah KEAGAMAAN di Negara MALAYSIA atau Masaalah KEKAUMAN tetapi yang wujud adalah MASAALAH KEHENDAK & KEPERLUAN UMUM sebagai RAKYAT YANG BERBILANG KAUM.
editor