Sunday, August 28, 2011

SEDUTAN SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY -

Yelaaa.Com - Post#38
SEDUTAN 
SALAM DAN AMANAT IDULFITRI - 2011
Dari DrSoul Loren untuk semua.....
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu....

Kepada Semua Rakan-Rakan di facebook yang di hormati...
Sempena kedatangan dan sambutan Rari Raya Idulfitri 1432 ini, saya DrSoul Loren ingin mengucapkan kepada semua Sahabat Handai dari semua Bangsa dan Keturunan AM nya dan Orang-Orang ISLAM khusus nya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDILFITRI atau EID MUBARAK 2011
DAN DI MOHON AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATHIN......

Kepada Permintaan dan Pertanyaan untuk mengetahui nama sebenar saya atau siapa saya sebenar nya di dalam Dunia kenyataan yang tidak dapat di penuhi - Ampun Maaf saya pinta..!

Kerana itu adalah Prinsip yang menjadi Teras di dalam Penulisan di dalam Blog-Blog TIPsNIAGA.ComYelaaa.Com dan di kedua-dua Facebook dan Facebook Page saya.
Dimana NAMA saya itu tidak penting tetapi semua Ilmu-Ilmu Pengetahuan yang saya kongsikan bersama itu lebih penting dan bermakna untuk semua.

Oleh kerana saya sememang nya di kenali sebagai DrSoul Loren di Arena Antarabangsa, maka saya kekalkan nama itu yang saya rasa sangat bersesuaian dengan PERANAN saya sebagai Penulis dan Perakam Ilmu.
Dimana perkataan SOUL itu sendiri membawa pengertian sebagai JIWA atau ROH, maka itu bermakna DrSoul itu tidak wujud secara NYATA di dalam kehidupan anda semua.

Kepada yang berpeluang mengenali saya secara ringkas dan singkat, saya ucapkan jutaan rasa terima kaseh kerana sudi untuk mengenali diri saya secara dekat TETAPI saya terpaksa berpegang kepada Prinsip dan Teras kehidupan yang telah saya tetapkan untuk di sejajarkan dengan PERANAN dan URUSAN saya di Dunia yang FANA ini.
Untuk itu, saya sekali memohon Jutaan Ampun dan Maaf jika anda tidak berpeluang untuk mendekati saya secara berterusan lagi...tetapi saya sangat-sangat menghargai segala Penghormatan dan Sanjungan yang telah anda-anda berikan kepada saya di masa-masa yang lalu.

Kepada yang tidak berpeluang untuk mengenali saya, anda boleh lah mengenali saya menerusi segala Tulisan yang saya siarkan melalui Blog-Blog TIPSNIAGA.Com dan Yelaaa.Com.
Kerana TIPsNIAGA.Com itu adalah TANDA dan TINTA ILMU yang dapat dapat kongsikan bersama anda semua sebagai Sumbangan Ikhlas dari saya.
Dan Yelaaa.Com itu pula adalah mencerminkan isu-isu yang kita harungi di dalam setiap kehidupan di atas Muka Bumi ini, dimana kita selalu berkata "Yelah" atau "Ya Lah" untuk mengiyakan sesuatu yang pernah di rasakan atau di alami oleh orang lain, walau berada di dalam berlainan situasi dan tempat.

Kewujudan DrSoul di dalam Dunia Orang MELAYU di Nusantara termasuk di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura melalui Blog-Blog Berbahasa MELAYU tersebut, adalah sebagai langkah untuk memeriahkan ILMU di dalam Rumpun Bangsa MELAYU itu sendiri.
Dimana, melalui pemerhatian saya sebelum ini..kita amat KURANG mendapatkan Input-Input Ilmu Pengetahuan yang bercorak ILMIAH di dalam Hal-Hal TADBIR-URUS, PERNIAGAAN, EKONOMI, POLITIK, SEJARAH, KEROHANIAN, KETUHANAN, PSIKOLOGI KEMANUSIAAN dan Rungkaian serta Kupasan Ilmu dari SUDUT-SUDUT yang sebenar atau di dalam kejadian yang sebenar.

Dimana kebanyakan Buku-Buku atau Rangkaian Ilmu-Ilmu yang di sebutkan kebanyakan nya harus dan perlu DI BAYAR untuk mengetahui nya di dalam TREND penyebaran Ilmu yang Berkonsepkan Perniagaan.
Maka, amat kurang lah Ilmu Pengetahuan yang di berika secara PERCUMA seperti yang berlaku di negara-negara Eropah dan Barat. Dimana mereka sangat mementingkan Penyebaran ILMU sebagai Wadah untuk membiakkan Kecerdasan dan Kebijasanaan seseorang.

Maka, wujud lah pelbagai-bagai Sumber Ilmu di dalam bahasa-bahasa mereka yang di lakukan oleh pelbagai Pertubuhan, Persatuan dan Individu yang kurang terdapat di dalam DUNIA MELAYU.
Dimana, ORANG MELAYU bukan sahaja KETANDUSAN Sumber-Sumber MAKLUMAT ILMU secara PERCUMA tetapi Tulisan-Tulisan mengenai keilmuan ISLAM di dalam BAHASA MELAYU amat sedikit dan tidak mendapat perhatian yang sewajar nya.
Kerana itu, Tahap Pemikiran kita sebagai ORANG MELAYU dan BANGSA MELAYU yang Beragama ISLAM agak Keterbelakang daripada Bangsa-Bangsa dan Agama-Agama yang lain.
Inilah KENYATAAN PAHIT yang harus kita terima dan yang harus kita INSAFI, dimana MASA untuk hidup bersenang lenang secara persendirian di dalam kelompok sendiri harus di ubah dan kita kembali bersaing dengan bangsa-bangsa maju yang lain.

Secara Peribadi, saya melihat permasaalahan yang disebutkan ini agak meruncing di dalam DUNIA MELAYU ISLAM tetapi saya tidak mampu untuk melakukan nya seorang diri..!!!
Kerana ia memerlukan KESEDARAN dan KEMAHUAN untuk merubah dan berubah yang wujud di dalam SETIAP BANGSA MELAYU itu sendiri.
Dan banyak perkara yang kita maseh LEMAH, walaupun sudah lebih 50 Tahun Gagasan Rumpun MELAYU itu MERDEKA dari sebarang PENJAJAHAN.

PENGAKHIRAN KATA
Sambut lah SALAM IDULFITRI dan SALAM KEMERDEKAAN dari saya DrSoul Loren, semoga coretan singkat ini dapat memberikan sedikit semangat untuk melakukan perkara-perkara yang lebih baik lagi...
INSYAALLAH..!!!

Saya akhiri dengan 
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu...!!!!

MAAF ZAHIR DAN BATHIN

DrSoul Loren
Editor In Chief 
of TIPsNIAGA.Com dan Yelaaa.Com 

Friday, August 26, 2011

SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #382


SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI
KAEDAH MUNGKIN SERUPA TETAPI HASIL BERBEZA


PAKAR SAINS EKONOMI
  • Di dalam DUNIA EKONOMI, Ramai di antara Pakar-Pakar Ekonomi yang bekerja dengan Pihak Kerajaan banyak melakar PELAN-PELAN EKONOMI untuk Memajukan Ekonomi Negara.
  • Dan selalu nya Pakar-Pakar Ekonomi seperti ini akan melakukan pelbagai KAJIAN mengenai PASARAN dalam Negara dan dalam Dunia untuk MENGENAL-PASTI sesuatu PETANDA mengenai Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi
  • Kajian-kajian yang mereka lakukan itu akan berdasarkan Setiap LAPOR-BALIK yang di dalam Bentuk Carta atau Geraf  dan Perincian Berita mengenai sesuatu kejadian atau Pergerakan Ekonomi di dalam sesuatu Keadaan dalam sesuatu Tempat, Daerah, Negeri dan Negara
  • Dari situ, mereka akan melakukan kajian-kajian yang bertujuan untuk MENCARI FORMULA untuk BAGAIMANA mereka boleh MENGATASI sesuatu Permasaalahan Ekonomi.
HASIL NYA
  • Pakar-Pakar Ekonomi ini berkemungkinan akan mendapat sesuatu FORMULA yang di fikirkan yang TERBAIK dalam Sesuatu Keadaan yang Tertentu.
  • Dan mereka akan MENGANDAIKAN bahawa langkah-langkah yang AKAN DI AMBIL itu akan mendatangkan KEJAYAAN apabila di lihat "Di Atas Kertas"
  • Dari Titik tersebut mereka akan MENASIHATKAN PEMERINTAH untuk melakukan Langkah-Langkah yang telah DI FIKIRKAN sebagai SESUAI.
INI BERBEZA DENGAN KAJIAN PAKAR SAINS BIOLOGI
  • Melalui Sains Biologi, Para Pakar-Pakar Sains akan melakukan pelbagai KAJIAN untuk mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang tertentu mengenai Permasaalahan Sains yang mereka KAJI.
  • Dimana mereka tidak menggunakan ANDAIAN dari Persepsi Peribadi untuk mendapatkan JAWAPAN YANG TEPAT tetapi mereka menggunakan Proses-Proses ULANG-KAJI dengan melakukan semula UJIAN-UJIAN yang tidak memberikan Jawapan yang Di harapkan, walaupun mereka terpaksa melakukan nya berulang-ulang kali hingga beratus-ratus kali Ujian.
  • Tetapi, sebaik sahaja mereka mendapatkan sesuatu JAWAPAN yang yang Jelas dan Khusus melalui HASIL UJI-KAJI, mereka telah mendapat Suatu Jawapan Yang TEPAT mengenai Sesuatu Permasaalahan Sains dan jawapan-jawapan tersebut bukan juga berupa Andaian sahaja tetapi HASIL daripada KEJADIAN YANG SEBENAR.
  • Atas sebab-sebab itu, Pakar-Pakar Sains sering mendapat Penjelasan-Penjelasan yang Tepat di dalam menangani sesuatu masaalah.
INI BERBEZA DENGAN PAKAR EKONOMI
  • Jawapan-Jawapan yang mereka DAPATI daripada HASIL-KAJIAN yang di lakukan terhadap sesuatu Permasaalahan Ekonomi itu selalu nya Kurang TEPAT atau jauh daripada TEPAT.
  • Ini di sebabkan Pakar-Pakar Ekonomi itu tidak akan dapat untuk MENGKAJI keseluruhan PUNCA MASAALAH EKONOMI seperti KAEDAH di dalam Sains Biologi.
  • Kerana, Masaalah Ekonomi itu merupakan Suatu GEJALA yang BUKAN di lakukan oleh seorang dua manusia sahaja atau sebuah dua negara TETAPI ia di dorong oleh TEKANAN DALAM PASARAN yang melibatkan SEMUA ORANG.
  • Dan adalah MUSTAHIL untuk seseorang Pakar Ekonomi itu untuk melakukan KAJIAN terhadap SEMUA SEKTOR dan SEKMEN Permasaalahan Ekonomi di satu tempat dan masa.
  • Ini di sebabkan sesuatu Keadaan Ekonomi itu tidak dapat di lakukan Uji-Kaji-Selidik yang berulang-ulang seperti Kaedah di dalam Sains Biologi, kerana BAHAN untuk Uji-Kaji-Selidik itu merupakan FAKTOR PASARAN yang melibatkan JUTAAN MANUSIA dan RATUSAN NEGARA.
AKIBAT NYA
  • Oleh kerana sebab-sebab itu maka sesuatu LANGKAH untuk menerbitkan Perancangan Ekonomi merupakan SUATU ANDAIAN untuk BERJAYA yang berdasarkan Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
  • Dan selalu nya, setiap Pelan Perancangan Ekonomi yang DI LANCARKAN itu akan MENEMUI Pelbagai MASAALAH SAMPINGAN yang tidak dapat DI DUGA sewaktu dalam Proses Uji-Kaji-Selidik.
  • Di sini letaknya KUASA EKONOMI yang sebenar apabila ia di Lancarkan di dalam Suasana Pasaran yang sebenar yang tidak dapat di Uji-Kaji-Selidik "Di Atas Kertas"
  • Jika ANDAIAN Pakar-Pakar Ekonomi itu TERSASAR JAUH daripada KUASA EKONOMI yang sebenar, maka itu akan MENGAKIBATKAN kehilangan banyak SUMBER EKONOMI seperti PEKERJAAN.
SEBAB NYA
  • Setiap PELABURAN EKONOMI itu adalah BERSAMAAN dengan TUMBUHAN BIOLOGI, jika keadaan persekitaran di mana BENIH PELABURAN itu DI TANAM tidak bersesuaian, maka Pelaburan itu tidak akan dapat TUMBUH seperti yang di harapkan.
  • Dan jika sesuatu pelaburan itu MATI sebelum Tahap MATANG, maka ia akan meninggalkan KESAN-KESAN KERUGIAN yang Amat Besar kepada Pihak Pelabur, Kerajaan, Pekerja, Rakyat dan Pasaran Pengguna, hanya Kegagalan untuk menghidupkan SATU BENIH PELABURAN sahaja.
KESIMPULAN STRATEGI EKONOMI
  • Setiap PELAN atau STRATEGI untuk menerbitkan Sesuatu Perancangan Ekonomi Negara seperti ETP - Economic Transformation Program Malaysia ADALAH terdedah kepada KEGAGALAN, Ini di dasarkan segala FAKTA dan DATA yang di terangkan seperti di atas
  • Pakar-Pakar Ekonomi Negara dan Ahli-Ahli Politik HANYA BERSEDIA untuk menghadapi SEGALA KEMUNGKINAN daripada KESAN TINDAK BALAS KUASA EKONOMI yang Sebenar apabila ianya di lancarkan.
  • Kerana itu, mereka yang terlibat di dalam PEMBANGUNAN Ekonomi Negara selalu nya menyediakan pelbagai PELAN-PELAN yang berbentuk JARING KESELAMATAN jika sesuatu Perancangan Ekonomi itu GAGAL TUMBUH dalam PASARAN Terbuka.
  • Dalam lain perkataan, Pakar-Pakar Ekonomi terpaksa juga menggunakan Kaedah "Trial And Error" seperti yang di guna-pakai di dalam Sains Kejuruteraan Mekanikal.
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, setiap orang yang berada di dalam sesebuah Negara tidak boleh mengharapkan setiap Perancangan Ekonomi Pihak Kerajaan mereka akan akan berjalan dengan Lancar tanpa Masaalah Sampingan.
  • Ini adalah keadaan SEMULA-JADI yang harus "Di Terima" oleh SEMUA ORANG dari Semua Lapisan Masyarakat.
  • Hanya PEMIMPIN-PEMIMPIN BIJAK sahaja yang dapat menyesuaikan Penggunaan Kaedah Ekonomi yang tidak BERKETENTUAN dengan Kaedah politik untuk MEWUJUDKAN JARINGAN KESELAMATAN KEWANGAN yang dapat MENYERAP dan MENGATASI Apa juga kesan-Kesan Buruk daripada KEGAGALAN PERTUMBUHAN sesuatu EKONOMI.
  • Ini memerlukan Seorang PENTADBIR KEWANGAN merangkap PENTADBIR EKONOMI yang CEKAP untuk melakukan nya.
  • Jika Tidak, sesebuah NEGARA itu akan mengalami DEFISIT KEWANGAN yang sangat BURUK seperti yang berlaku di Negara GREECE
Editor

Thursday, August 25, 2011

FAKTOR MASAALAH PASARAN EROPAH

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #381


FAKTOR MASAALAH PASARAN EROPAH
YANG DI KHUATIRI OLEH SEMUA PENGANALISIS


KEMELUT EKONOMI DI EROPAH
  • Sejak beberapa minggu lepas telah berlaku penjualan saham-saham secara dramatik di dalam di seluruh dunia dengan Pasaran Saham yang berkekalan jatuh sejak krisis kewangan global 2007-2008.
  • Dimana terdapat kebimbangan bahawa KRISIS HUTANG Zon Eropah boleh merebak dari negara-negara Blok yang lebih kecil kepada ekonomi yang lebih besar seperti Sepanyol dan Itali.
  • Pelabur juga bimbang bahawa Pertumbuhan di AS dan Ekonomi Eropah yang lain perlahan dan terdapat juga kebimbangan mengenai Keupayaan Pemimpin-Pemimpin Dunia untuk menangani KRISIS itu.
  • Kejatuhan  Pasaran telah MENGHAPUSKAN  Keuntungan yang banyak di dalam tahun ini, dengan kebimbangan yang semakin meningkat bahawa kita boleh menuju ke arah Masalah KREDIT yang lain.
  • Sejak 22 Julai, London FTSE 100 telah jatuh 14%, Dow Jones di New York telah susut 13.5% dan Dax Jerman telah menurun lebih daripada 23%.
PUNCA DI SEBABKAN OLEH
  • Salah satu punca utama ialah Rasa Gemuruh ke atas Pasaran dengan ketidakpastian mengenai sama ada Krisis Hutang Zon Eropah akan merebak.
  • Setakat ini Negara-Negara Greece, Portugal dan Republik Ireland telah menerima bantuan Antarabangsa untuk menangani masalah HUTANG yang melumpuhkan Ekonomi mereka.
  • Dan pada Bulan lepas, pemimpin-pemimpin Zon Eropah bersetuju untuk menyelamatkan mereka dengan memberikan Perjanjian Kedua untuk Greece dan juga bersetuju lebih banyak kuasa kepada Tabung Kestabilan Kewangan Eropah.
  • Ini sepatutnya memberi Jaminan bahawa Krisis Hutang tidak akan merebak di luar Negara "pinggiran" kepada Ekonomi yang lebih besar seperti Sepanyol dan Itali.
  • Walau bagaimana pun, apa-apa jenis Bantuan tidak kekal lama dan berhasil, dimana akan menunjukkan Kos Pinjaman dan Hutang untuk Negara-Negara Sepanyol dan Itali terus meningkat.
  • Penganalisis bimbang bahawa hasil Pencapaian akan menjadi terlampau mahal bagi negara-negara ini untuk meminjam kepada Pasaran Kewangan dan memaksa mereka meminta bantuan kepada Pihak Antarabangsa juga.
  • Hasil nya, European Central Bank memutuskan untuk membeli BON Kerajaan Itali dan Sepanyol untuk cuba untuk menurunkan Kos Pinjaman mereka dan Hasil ke atas di sebabkan oleh langkah tersebut, Bon 10Tahun Sepanyol dan Itali jatuh sejurus selepas bergerak.
  • Kejatuhan itu di sebabkan oleh PENGUASA Saham Bank MELIHAT Para Pelabur bimbang tentang Tahap Hutang Kerajaan Zon Eropah yang mereka PEGANG dan sama ada akan di bayar balik jika krisis hutang Zon Eropah itu merebak.
  • Bank-Bank Perancis telah berada di bawah TEKANAN kerana mereka memegang lebih daripada 40Billion Euro, sebagai contoh hampir empat kali ganda lebih daripada mana-mana negara lain.
  • Sementara itu, terdapat juga kebimbangan mengenai keupayaan untuk membayar balik HUTANG Amerika Syarikat dimana Kongres Amerika bersetuju dengan Pelan Pengurangan Defisit
  • Satu lagi faktor yang melemahkan Pasaran adalah kebimbangan mengenai Pertumbuhan Perlahan di Amerika Syarikat dan di Eropah.
  • Banyak Petunjuk pada bulan lepas menunjukkan Ekonomi AS berkembang pada Kadar Tahunan sebanyak 1.3% pada Suku Kedua tahun ini yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan.
  • Di samping itu, kadar Pertumbuhan bagi Suku Pertama telah disemak semula ke bawah secara mendadak daripada 1.9% kepada 0.4%.
  • Ada Perbincangan Ringkas di pasaran, walaupun Bank Pusat AS - Federal Reserve, berkata ia tidak akan menaikkan Kadar Faedah sehingga sekurang-kurang nya 2013.
  • Pertumbuhan dalam Ekonomi Jerman juga menjadi perlahan dengan ketara antara April dan Jun dan hanya meningkat pada Kadar 0.1% pada Suku Pertama. Ini amat mengecewakan kerana Jerman telah Memacu Pemulihan Ekonomi di Zon Eropah
  • Ekonomi Perancis tidak berubah pada Suku Kedua di sebabkan oleh Kebimbangan mengenai HUTANG dan Pertumbuhan yang perlahan yang saling berkaitan kerana tanpa Pertumbuhan, Negara mereka tidak akan dapat mengurangkan Tahap Hutang.
PENDAPAT PENGANALISIS
  • Penganalisis juga telah mempersoalkan Kekurangan KEPIMPINAN yang kukuh yang datang daripada Amerika Syarikat dan Eropah, manakala PASARAN membuktikan ia menjadi tidak menentu.
  • Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manual Barroso juga telah mengulas mengenai perkara ini sebagai "Pasaran tetap yakin bahawa kita mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menyelesaikan krisis itu," katanya awal bulan ini.
  • Kumpulan G7 - Negara-Negara Perindustrian telah bergerak untuk memberi Jaminan kepada Pasaran, berkata mereka "bertekad untuk bertindak balas dalam cara yang diselaraskan".
  • Di laporkan bahawa Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Canselor Jerman Angela Merkel telah bertemu untuk berbincang mengenai Krisis Hutang.
  • Para Pemimpin ini yang mengusulkan "tadbir urus Ekonomi yang benar" telah mencadangkan CUKAI ke atas Urus Niaga Kewangan tetapi ramai Pelabur melihat mesyuarat tersebut sebagai sudah terlambat kerana Krisis Hutang tersebut telah mula merebak.
NEGARA-NEGARA ASIA
  • Negara-Negara Gergasi Ekonomi Asia seperti China, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan telah terjejas teruk dengan apa yang berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat
  • Kerana Negara-Negara ini adalah Rakan Import & Eksport terbesar kepada Eropah dan Amerika Syarikat untuk semua Barangan Pengguna.
  • Ini yang menyebabkan Sektor Pembuatan dan Pengilangan di Negara-Negara ini menjadi lebih Perlahan Pertumbuhan nya dan telah mengurangkan Keupayaan Ekonomi dan Kuasa membeli mereka.
NEGARA-NEGARA ASIA YANG KECIL
  • Seperti Negara-negara di Asia Tenggara maseh lagi di dalam keadaan SELAMAT daripada Keruntuhan Ekonomi yang teruk kerana mereka tidak terlibat secara langsung dengan Perusahaan Pembuatan dan Pengilangan Industri yang Berteknologi Tinggi
  • Dan kebanyakan nya bergerak di dalam Industri Asas Tani dan Penghasilan Makanan yang boleh di sifatkan sebagai SELAMAT dan kegiatan tersebut menjadikan Ekonomi mereka sedikit kukuh jika di bandingkan dengan Zon Eropah dan Amerika Syarikat.
  • Kerana itu, Kerajaan Malaysia telah menyeru semua Industri di dalam Negara untuk MEMUSATKAN Tumpuan kepada Produk-Produk ASAS TANI di sebabkan Permintaan nya yang Cukup Besar dari seluruh Dunia.
  • Dan sebagai Langkah untuk mengelakkan Negara daripada terjejas dengan Kemelesetan dan Krisis Ekonomi Zon Eropah.
USAHA PEMULIHAN DAN PASARAN LOGAM BERHARGA
  • Segala usaha-Usaha untuk memulihkan Ekonomi di Zon Eropah dan Amerika Syarikat ini, walau pun kelihatan perlahan tetapi ia dapat di gerakkan secara perlahan dan berperingkat.
  • Dan itu telah mengurangkan urus-niaga bahan-bahan Logam berharga seperti Emas, Perak, Tembaga dan yang lain-lain
  • Ini di sebabkan juga oleh langkah "mengambil untung" dengan menjual Emas di dalam Pasaran yang meningkat telah mula menurun dan itu telah menyebabkan Permintaan untuk Emas dan Perak semakin sedikit dan telah memaksa Nilai Pasaran Emas dan Perak Turun dengan konsisten.
Editor

Wednesday, August 24, 2011

EKSEKUTIF SWASTA BERTINDAK LEBIH BAIK SEBAGAI AHLI POLITIK

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #380


EKSEKUTIF SWASTA BERTINDAK LEBIH BAIK SEBAGAI AHLI POLITIK
MEREKA BERBEZA DARI AHLI POLITIK TRADISIONAL


PERUTUSAN EDITOR
  • Perkara ini bukan lah sesuatu yang baharu di dalam Dunia Politik dan Ekonomi sesebuah Negara dan ia banyak di bincangkan untuk mencari "Jalan keluar" untuk mencari dan memilih Calon-Calon untuk di jadikan Menteri-Menteri di dalam Negara
  • Dan Ramai Pemimpin Dunia yang berpandangan jauh akan menggunakan "Kaedah" ini sebagai ALAT untuk mencari bakal-Bakal Pemimpin yang mereka kehendaki di dalam Kerajaan.
  • "Kaedah" ini juga terbukti BERKESAN di dalam Negara-Negara yang bertaraf MAJU seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Singapura, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan HongKong.
  • Ini di sebabkan selepas Era tahun 80an, Ekonomi Dunia telah berkembang dengan begitu PESAT dan setiap Negara yang AKTIF di dalam Ekonomi Dunia harus berjaya MENERAJUI EKONOMI NEGARA mereka secara lebih KOMPETITIF dengan pendekatan yang berkesan menurut keadaan Ekonomi yang sebenar.
  • Kerana itu, Negara-Negara Maju seperti yang di sebutkan itu memerlukan Menteri-Menteri yang berlatar-belakangkan Pengalaman menerajui Perniagaan di dalam Sektor Swasta.
PERSOALAN NYA - MENGAPA
  • Kemahiran Kepimpinan Perniagaan di Sektor Swasta dapat Menterjemah Tugasan dengan baik apabila bertugas di Sektor Awam.
  • Kerana jika seseorang yang telah Memegang Peranan Penting dalam Perniagaan yang Besar, yang telah mereka pelajari bagaimana untuk Menggerakkan, Mendorong dan Menyelaraskan Kerja-Kerja untuk banyak orang, itu adalah Kemahiran dalam Keupayaan yang di Pelajari dimana ianya bukan perkara Semula Jadi bagi kebanyakan orang
  • Yang sama penting ialah seperti Peningkatan Profesionalisma mereka di firma-firma yang lebih besar, mereka telah Mempelajari bagaimana untuk Berkomunikasi dengan lebih baik dan mereka perlu berkomunikasi dengan Meyakinkan melalui VISI dan MISI serta STRATEGI dengan SUARA mereka sendiri
  • Ini adalah kerana Kemahiran Pengurusan Am akan banyak MEMBANTU mereka di dalam menjalankan apa-apa TUGASAN, walaupun untuk Kempen-Kempen Politik.
  • Orang-Orang Perniagaan yang Bertanding untuk Jawatan Awam secara semulajadi mengekalkan Latar Belakang mereka yang merupakan ASET dalam membantu mereka memahami bagaimana untuk Menjalankan Sesuatu Tugasan, Mencipta Peluang Pekerjaan dan Bekerja dalam Kekangan Kewangan. 
  • Eksekutif dari Sektor Swasta yang bertukar ke Sektor Awam akan dapat membuat memberikan Manfaat daripada Persekitaran Ekonomi Semasa serta akan dapat Mengawal dan Mengatasi Kemarahan Pengundi dengan lebih berkesan daripada kebanyakan Ahli-Ahli Politik Tradisional.
  • Ramai Eksekutif dari Sektor Swasta Berkeyakinan bahawa Mengaplikasikan Kemahiran Perniagaan ke dalam Pihak Pengurusan Awam boleh membuat kerja-kerja Kerajaan menjadi lebih baik
  • Dan mereka di Dorong oleh Keinginan untuk Memberikan Sesuatu Kembali kepada Masyarakat dan mereka yang telah Terkenal di dalam Pekerjaan Korporat akan berusaha keras untuk kembali Terkenal kepada Perhatian Umum di dalam Sektor Awam pula, selalu nya mereka berjaya melakukan nya dengan Mudah.
SISTEM POLITIK
  • Sistem Politik bergantung kepada Amalan menarik Anggota baru tetapi kebanyakan Pegawai Terpilih mempunyai Latar Belakang dalam Undang-Undang atau sebagai Pembantu Politik sebelum mereka mula di serapkan untuk bekerja di dalam Pejabat bertahap Rendah. 
  • Tetapi Eksekutif Perniagaan umum nya Merancang untuk Memendekkan Proses tersebut dengan Bertanding Terus bagi Jawatan Tertinggi di dalam Kerajaan Negeri atau Pusat.
  • Semua jenis Pemimpin Perniagaan akan meletakkan Sasaran yang Agak Tinggi jika ingin menyertai Sektor Awam, kerana mereka telah biasa Memimpin dan Menguasai Pasaran
  • Pada masa Tekanan Ekonomi, Pemimpin-Pemimpin Perniagaan mempunyai Kemahiran yang tersendiri untuk mengawal Perasaan Para Pengundi. 
  • Mereka adalah lebih baik di dalam menjalankan Institusi-Institusi Awam di bawah Prinsip-Prinsip Sektor Swasta dengan Kemahiran Memikirkan ISU-ISU FAEDAH DAN KOS dan Khususnya KOS MARGINAL.
PENJENAMAAN DALAM POLITIK
  • Di dalam Dunia Politik, seseorang Individu itu adalah suatu BRAND atau JENAMA yang akan di Kaji-Selidik jenis MUTU nya oleh Para Pengundi.
  • Ini adalah seperti kaedah yang di gunakan di dalam Sistem Pemasaran & penjualan MLM dimana seseorang JURUJUAL itu adalah JENAMA atau BRAND yang perlu di TONJOLKAN 
  • Dengan Kemahiran Kepimpinan melalui Pengalaman sebagai Eksekutif Sektor Swasta, mereka akan dapat menonjolkan diri dengan cara mereka yang tersendiri serta berbeza dengan Ahli Politik Tradisional yang lebih memainkan Kata-Kata untuk menarik Perhatian Ramai.
  • Dimana mereka akan lebih mementingkan PELAN Perancangan yang Berkualiti untuk di Kongsikan bersama Rakyat dalam membaiki Keadaan Ekonomi dan berusaha untuk Meyakinkan Rakyat bahawa setiap PELAN EKONOMI yang mereka Rancangkan itu adalah BAIK untuk Rakyat dari pelbagai Sudut Ekonomi, kerana mereka MAHIR & YAKIN di dalam Bidang tersebut.
  • Mereka juga kurang berminat untuk Bertikam Lidah dengan sesiapa mengenai Isu-Isu Politik yang tidak mendatangkan Faedah atau yang bersifat REMEH, kerana TUMPUAN mereka adalah untuk Mewujudkan Kesejahteraan Negara dan Rakyat melalui Kepimpinan yang benar-benar memberi Pembelaan di dalam Hal-hal Ekonomi yang menjadi Teras Kehidupan.
  • Kerana itu, Eksekutif dari Swasta ini lebih berminat menonjolkan diri di dalam Kementerian yang memiliki Peranan yang berteraskan Pengurusan Ekonomi secara khusus.
  • Dan Kemahiran mereka membentangkan sesuatu PELAN yang bercorak Ekonomi adalah lebih baik serta teratur di sebabkan pengalaman yang mereka raih sewaktu berada di Sektor Swasta.
KELEBIHAN NYA
  • Para Eksekutif dari Sektor Swasta ini bukan sahaja baik di dalam Hal-hal Ekonomi tetapi mereka juga tergolong di dalam Golongan Pengurusan yang baik.
  • Ini di sebabkan oleh Tugas dan Tanggung Jawap mereka itu DI GALAS dengan TERMA KONTRAK yang berkhidmat secara BERJANGKA.
  • Ini membuatkan mereka itu lebih PEKA dan akan sentiasa BEKERJA dengan tekun untuk memastikan setiap PELAN PERANCANGAN dapat di Realisasikan dengan jaya.
  • Mereka juga sudah TERBIASA dengan Bekerja di dalam Suasana yang TERTEKAN di dalam Pasaran yang KOMPETITIF untuk sentiasa berada di hadapan, kerana jika mereka GAGAL menjalankan Tugas dengan Efisen dan melakukan Kesilapan yang menyebabkan Kerugian kepada Korporat maka Jawatan mereka akan di LUCUTKAN bersesuaian dengan KONTRAK.
BERBEZA DENGAN EKSEKUTIF SEKTOR AWAM
  • Mereka bekerja dalam Suasana Pekerjaan yang Ber-Birokrasi dan tidak memiliki TEKANAN untuk berprestasi seperti di Sektor Swasta, dimana Hal-hal UNTUNG-RUGI bukan menjadi Perkara Utama dan mereka tidak MERASAKAN tekanan dari Pihak Pelabur yang MENANAM Modal seperti di Sektor Swasta.
  • Jangka Hayat Jawatan mereka boleh di katakan sebagai "IRON BOWL" atau "Mangkuk Besi" yang tidak begitu terjejas untuk Pemberhentian Kerja jika tidak menepati Sasaran Jabatan.
  • Risiko yang mereka boleh terima adalah seperti PENURUNAN Gred Jawatan dan Perpindahan ke dalam Jabatan yang kurang penting di dalam Kerajaan.
  • Di sebabkan hal-hal tersebut, golongan Eksekutif di dalam Sektor Awam ini Kurang Menyerlah di dalam MEMPAMERKAN Potensi Kepimpinan mereka yang sebenar kerana mereka memiliki "Safety Net" atau Jaring Keselamatan jika TERSILAP.
INILAH GEJALA YANG BERLAKU DALAM GLIC, GLC, KERAJAAN NEGERI DAN PUSAT
  • Dimana ramai di antara Para Eksekutif di ambil dari Jabatan Perkhidmatan Awam dari pelbagai Jabatan Pemerintah atau dari Anggota-Anggota Parti untuk di serapkan ke dalam GLIC dan GLC Kerajaan yang Bukan berdasarkan Merit tetapi melalui Kredit.
  • Termasuk jawatan-jawatan penting seperti Jawatan Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri untuk sesebuah NEGERI dan Menteri-Menteri Kerajaan Pusat.
KERANA ITU
  • Kebanyakan JABATAN di dalam KEMENTERIAN Kerajaan Negeri dan Pusat TERPAKSA mengambil KHIDMAT PAKAR-PAKAR PERUNDING untuk memberikan NASIHAT & TUNJUK AJAR kepada Eksekutif dan Menteri di dalam MERANGKA sesuatu PELAN EKONOMI untuk Jabatan dan Kementerian masing-masing.
  • Jika Pemimpin-Pemimpin Negara Zaman dahulu, mereka banyak BELAJAR dari Contoh-Contoh dari Negara lain untuk mendapatkan sesuatu MODEL Pelan dan Perlaksanaan Ekonomi yang Berjaya tetapi pada Zaman ini Kerajaan lebih Gemar untuk MEMBAYAR KHIDMAT PAKAR LUAR dengan CAJ pembayaran yang cukup MAHAL.
  • Gejala seperti ini banyak boleh di lihat di dalam Pentadbiran Negara Malaysia di bawah Kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan masih menjadi Amalan nya sehingga ke hari ini.
  • Ini menunjukkan dengan Jelas bahawa MUTU, KEMAHIRAN, KEPAKARAN dan KEBOLEHAN seseorang Eksekutif, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang di miliki sekarang adalah berada di bawah TAHAP MUTU untuk Jawatan-Jawatan tersebut.
IMPLIKASI NYA
  • Kerajaan Pusat AKAN TERPAKSA BERBELANJA LEBIH untuk membayar Khidmat Pakar-Pakar Perunding Luar.
  • Dan setiap Jabatan dan Kementerian tidak dapat Berfungsi dengan Prestasi yang Baik, Efisen serta Berdikari untuk Menerajui Kefungsian masing-masing.
  • Dan DANA NEGARA telah di gunakan untuk Perkara-Perkara yang Tidak Perlu serta telah meningkatkan Bajet Perbelanjaan Negara.
  • Ini belum termasuk RISIKO KEGAGALAN di dalam menjalankan Usaha-Usaha yang di berikan oleh Pakar-Pakar Perunding Luar kerana yang Menerajui itu juga di dalam keadaan SAMAR-SAMAR kerana segala PELAN itu bukan datang dari Buah Fikiran mereka sendiri.
  • Dan jika GAGAL, mereka boleh Menuding Jari ke arah Pakar-Pakar Perunding Luar dengan mengatakan bahawa PELAN PERANCANGAN yang mereka berikan Tidak Sesuai, Tidak Relevan atau Apa juga ALASAN yang boleh di jadikan sebagai ALASAN untuk menutup Kelemahan diri mereka.
CONTOH-CONTOH DALAM KERAJAAN PUSAT
Inilah yang berlaku di dalam banyak Kementerian yang di pecahkan dari Satu KEMENTERIAN yang Asal seperti :
PERTAMA
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
KEDUA
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Wilayah
  • Kementerian Luar bandar dan Wilayah
KETIGA
  • Kementerian Pelajaran
  • Kementerian Pengajian Tinggi
KEEMPAT
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
CONTOH-CONTOH DALAM GLC
  • Khazanah Nasional
  • Permodalan Nasional
  • Malaysia Airlines
  • Tenaga Nasional
  • Telekom Malaysia
  • Proton
GEJALA TERSEBUT TETAP TERJADI WALAUPUN WUJUD
PROGRAM GLCT - 10 INISIATIF
  • White Book - 2008 : Creating Value Through Regulatory Management
  • Green Book - 2006 : Enhancing Board Effectiveness
  • Minda - 2006 : (Malaysian Directors Academy) Strengthening Directors Capabilities
  • GLIC M&M - 2006 : Enhancing Management & Monitoring Functions
  • Silver Book - 2006 : Achieving Value Through Social Responsibility
  • Red Book - 2006 : Reviewing and Revamping Procurement Practice
  • Purple Book - 2006 : Optimising Capital Management Practices Guideline to GLCs on improving their Capital Management
  • Orange Book - 2006 : Strengthening Leadership Development
  • Yellow Book - 2006 : Enhancing Operational Efficiency and Effectiveness
  • Blue Book - 2005 : Intensifying Performance Management
PERSOALAN PENTING
  • Walaupun Negara Malaysia di penuhi dengan pelbagai Maklumat mengenai hal-hal untuk meningkatkan Kepakaran, Kemahiran, Kebolehan untuk sesebuah Jabatan, Kementerian Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi masih lagi berada di Tahap yang sama?
  • Kemana kah semua Pakar-Pakar dari Golongan Penjawat Awam yang telah di gilap untuk di jadikan PENERAJU itu berada dan berfungsi sekarang dan bagaimana Prestasi mereka?
  • Dan Apakah jenis-jenis Kemajuan yang mereka telah Capai sepanjang tahun-tahun yang lalu bermula dari tahun 2005 hingga 2011?
  • Jika semua nya berprestasi dengan BAIK seperti bakat yang telah di Gilap, mengapa Masaalah NASIONAL masih wujud dan semakin TENAT?
Editor

Tuesday, August 23, 2011

MENGAPA SYARIKAT GLC & GLIC SELALU KERUGIAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #379


MENGAPA SYARIKAT GLC & GLIC SELALU KERUGIAN
APAKAH FAKTOR PENYEBAB NYA


DEFINASI SYARIKAT GLIC - Government-Link Investment Companies
  • Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ditakrifkan sebagai Syarikat-Syarikat Kerajaan Persekutuan berkaitan Pelaburan yang memperuntukkan Sebahagian atau Semua Dana mereka kepada Pelaburan dalam GLC.
  • Ditakrifkan oleh Pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal Melantik, Meluluskan Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan dan mempunyai Individu-Individu untuk Melapor Terus kepada Kerajaan, serta dalam menyediakan Dana untuk Operasi dan Menjamin Modal dan Pendapatan yang di letakkan oleh Unit Pemegang.
  • Definisi pada masa ini termasuk Tujuh GLIC iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
DEFINASI SYARIKAT GLC - Government-Link Companies
  • Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) adalah ditakrifkan sebagai Syarikat-Syarikat yang mempunyai Objektif Komersil yang Utama di mana Kerajaan Malaysia mempunyai Kepentingan Mengawal secara langsung.
  • Mengawal Kepentingan merujuk kepada Keupayaan Kerajaan yang bukan hanya PERATUSAN Pemilikan untuk melantik Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan atau membuat Keputusan Utama seperti contohnya mengenai Anugerah Kontrak, Strategi, Penstrukturan Semula dan Pembiayaan, Pemerolehan dan Pelupusan dan lain-lain untuk GLC, sama ada secara langsung atau melalui GLIC.
  • Termasuk GLC di mana Kerajaan Malaysia Mengawal secara langsung melalui Khazanah Nasional, MOF Inc, KWAP dan BNM atau di mana GLIC dan atau lain-lain Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan secara KOLEKTIF mempunyai Kepentingan Mengawal.
  • Termasuk Syarikat GLC sendiri mempunyai Kepentingan Mengawal anak-anak syarikat dan Gabungan GLC.
APA MATLAMAT GLIC DAN GLC INI
  • Mempertingkatkan Keberkesanan Lembaga
  • Menguatkan Keupayaan Pengarah 
  • Meningkatkan Fungsi Pemantauan dan Pengurusan GLIC 
  • Meningkatkan Persekitaran Regulatori
  • Menjelaskan Obligasi Sosial
  • Mengkaji semula dan merombak Perolehan
  • Mengoptimumkan Amalan Modal Pengurusan 
  • Mengurus dan Membangunkan Pemimpin dan Modal Insan
  • Memperhebatkan Amalan Prestasi Pengurusan 
  • Meningkatkan Peningkatan Operasi
GLIC DAN GLC DALAM PEMANTAUAN TMO - Transformation Management Unit
  • Pejabat Pengurusan Transformasi adalah unit yang telah di tubuhkan untuk Membangun, Menilai dan Mengutamakan INISIATIF baru selaras dengan Tema dan Objektif
  • Pelancaran inisiatif yang dikenal pasti, termasuk mengenal pasti Peneraju, Pembentukkan Pasukan Kerja yang berkaitan, Memantau Kemajuan, Mengurus Kebergantungan seluruh inisiatif dan "De-bottlenecking" mana-mana Perlaksanaan isu-isu, jika dan apabila perlu
  • Memastikan Kodifikasi dan Penyebaran Pembelajaran, Amalan-Amalan Terbaik daripada Peneraju dan inisiatif seluruh GLC dan GLIC. 
  • Melalui penciptaan dan penyebaran "Buku" dengan Garis Panduan, Bengkel yang dipimpin oleh Calon-Calon Peneraju, memudahkan Penciptaan "Pusat Kecermelangan" di GLIC atau GLC.
  • TMO akan melaporkan mengenai Kemajuan PCG - Putrajaya Committee setiap suku tahun.
PERUTUSAN EDITOR
  • Semua PENJELASAN mengenai STRUKTUR dan segala GARIS PANDUAN yang di Wujudkan untuk memastikan semua GLIC dan GLC ini dapat dan berjaya MENEPATI SASARAN dan MATLAMAT adalah sangat BAIK serta CUKUP KEMAS seperti yang di keluarkan oleh Pihak PCG.
  • Akan tetapi, Rakyat masih dapat melihat kebanyakan daripada GLIC dan GLC yang DI PECAHKAN daripada KHAZANAH NASIONAL itu memiliki MASAALAH DALAMAN dan bukan semua GLIC dan GLC itu membuat keuntungan.
  • Perkara ini di sedari oleh Pihak PCG dan Khazanah Nasional dan mereka masih di dalam proses-proses untuk melakukan pembetulan di mana yang perlu, akan tetapi Pihak Kerajaan secara politik nya MENAFIKAN bahawa wujud GLIC dan GLC yang mengalami KERUGIAN seperti yang banyak di laporkan untuk menangkis Tanggapan Awam dan Pihak Lawan.
  • Ini adalah "Perkara Biasa" di dalam Dunia Politik untuk menafikan perkara-perkara yang Negatif mengenai apa juga Usaha Kerajaan yang tidak menepati Matlamat dan Sasaran seperti yang di rancangkan.
APA MASAALAH DALAM GLIC DAN GLC
Apa yang paling ketara di dalam setiap GLIC dan GLC ialah di sebabkan oleh beberapa faktor yang berikut
PERTAMA
  • Kekurangan Individu yang Berkaliber untuk menjadi PENERAJU kepada setiap GLIC dan GLC
  • Kurang nya Individu yang Berasal dari Sektor Swasta yang lebih terdedah dalam tadbir-urus perniagaan yang sebenar
KEDUA
  • Kekurangan "Liberty" sebagai PENERAJU kerana semua Platform Perniagaan telah di ATUR oleh PCG (unsur Birokrasi)
  • Ini telah "Mengurangkan Potensi" sebenar Para PENERAJU di dalam Tadbir-Urus Syarikat yang di bawah kendalian mereka.
KETIGA
  • Pengaruh Politik masih di wujudkan di dalam PCG dan secara tidak langsung "di bawa" ke dalam Tadbir-Urus semua GLIC dan GLC
  • Dimana terlalu Ramai bekas-bekas Ahli Politik atau yang Ahli Parti dan yang Pro-Kerajaan di lantik sebagai PENERAJU UTAMA di dalam GLIC dan GLC
KEEMPAT
  • Terlalu banyak "Diversification" Perniagaan di lakukan dalam sesebuah GLC dengan harapan untuk melipat-gandakan Keuntungan dan terlalu cepat di dalam melakukan nya
  • Tetapi menemui Masaalah untuk mempertahankan perniagaan kerana kekurangan pengalaman di dalam selok-belok perniagaan yang di ceburi.
  • Yang berpunca daripada "Memilih" PENERAJU yang Tidak Kompeten di dalam Cabang Perniagaan yang di lakukan atau dalam lain perkataan ialah "Memilih Pegawai yang Salah untuk Jawatan yang Salah"
KELIMA
  • Proses "Diversification" yang BERANGKAIAN juga di lihat sebagai Strategi Pihak Kerajaan untuk "Mengasingkan Entiti Asal" HAK ASAL PERNIAGAAN NEGARA kepada HAK MILIK AWAM, dimana ini dapat MENJEJASKAN FAEDAH yang di peruntukkan kepada HAK NEGARA 
  • Proses ini di lihat sebagai "Mengecilkan" Hak Milik Kerajaan dan "Di Pecahkan" kepada beberapa Rangkaian Perniagaan yang Tidak Dapat DI PEGANG LANGSUNG oleh GLC ASAL.
  • Akhir nya GLC ASAL yang di Miliki Oleh Negara tidak mendapat Apa-Apa Keuntungan daripada Apa juga Keuntungan Rangkaian Perniagaan yang telah di pecah-pecahkan itu.
KEENAM
  • Di dalam GLIC dan GLC yang masih KETARA dengan JELAS ialah masaalah KRONISME dan NEPOTISME yang tidak di bendung
  • Dimana Ramai Ahli-Ahli keluarga Terdekat dari kalangan PEMIMPIN dan Ahli Politik terlibat Secara Langsung atau Tidak Langsung dengan Perniagaan Teras GLC
  • Masaalah ini lah yang menjadi semua TUJUAN dan MATLAMAT GLIC dan GLC yang ASAL seperti yang di jelaskan di atas (Tujuan & Matlamat)
KETUJUH
  • Masaalah PERKAUMAN yang masih KUAT di dalam PENERAJUAN PCG yang mengawal GLIC dan GLC
  • Dimana peruntukkan untuk Bangsa-Bangsa lain yang bukan di kalangan Bangsa MELAYU untuk berada secara bersama di dalam GLIC dan GLC tidak di buka luas.
  • Kerana DASAR KERAJAAN yang tidak berapa menggalakkan kepada penglibatan Non Bumi dan ini telah mengurangkan POTENSI untuk BERKONGSI ILMU PERNIAGAAN dan memperluaskan Pengetahuan serta JALINAN NETWORK dari sesuatu KAUM yang lain.
KELAPAN
  • PENSTRUKTURAN EKONOMI semua GLIC dan GLC di lihat tidak memberi TUMPUAN dan PELUANG untuk membangunkan EKONOMI ASAS dalam NEGARA
  • Seperti keperluan ASAS RAKYAT UMUM yang berbentuk Makanan-Makanan Utama dari KOMODITI ASAS TANI dan PENTERNAKAN.
  • Yang TERBUKTI masih tidak mencukupi di seluruh Negara hingga ke hari ini, jika ada di lakukan pun adalah dari Syarikat-Syarikat Swasta yang bergabung sesama sendiri atau dengan GLC
RUMUSAN 
  • PCG melalui GLIC dan GLC yang wujud pada hari ini dalam KESIMPULAN AKHIR telah tidak MENEPATI segala Matlamat dan Sasaran Asal Kerajaan untuk Membantu Rakyat di dalam Masaalah Ekonomi secara langsung.
  • Dan FELDA atau RISDA bukan contoh terbaik di dalam Usaha Pihak Kerajaan dalam membantu Rakyat secara KESELURUHAN kerana kedua-dua Entiti tersebut hanya tertumpu kepada SEGELINTIR Rakyat sahaja.
  • Yang sebaik nya, di dalam masaalah Ekonomi Global yang melanda Penghasilan Makanan Dunia ini, Pihak kerajaan harus menggerakkan Ekonomi dalam PCG ini untuk Menjana lebih banyak Sumber Makanan kepada Rakyat dan Menstabilkan Penggantungan kepada IMPORT.
  • Kerana dengan MODAL dari DANA NEGARA boleh di peruntukkan dengan Mudah jika Kerajaan benar-benar MEMUSATKAN Tumpuan dari Segi Politik untuk melakukan nya.
Editor

Monday, August 22, 2011

HARGA BARANG NAIK: APAKAH PUNCA-PUNCA PENYEBAB NYA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #378


HARGA BARANG NAIK: APAKAH PUNCA-PUNCA PENYEBAB NYA
BENAR KAH BUKAN SALAH PIHAK KERAJAAN


HARGA BARANG NAIK (INFLASI) BERDASARKAN MACROECONOMICS
  • Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan termasuk Perdana Menteri MENEGASKAN bahawa KENAIKAN HARGA BARANG di dalam Negara adalah BUKAN BERPUNCA dari Kerajaan dan memberitahu bahawa segala Faktor kenaikan kepada HARGA semua BARANGAN Pengguna di sebabkan oleh Masaalah GLOBAL.
  • Editor bukan ingin menunjukkan bahawa Menteri dan Perdana Menteri itu SALAH di dalam memberi KETERANGAN mengenai Masaalah EKONOMI yang sedang melanda Negara tetapi Editor ingin MERUNGKAI bagaimana sesuatu Harga Barangan itu MENINGKAT yang menyebabkan Pelbagai JENIS INFLASI di dalam Bahasa Ekonomi.
  • Walaupun di dalam Sekmen Tips Perniagaan perkara ini telah di sentuh tetapi adalah lebih baik perkara ini di lanjutkan untuk PENGETAHUAN UMUM semoga dengan itu Orang Ramai akan lebih FAHAM dari Sudut yang sebenar.
SEBAB PERTAMA
INFLASI PENOLAK KOS - Cost Push Inflation
  • Berlaku apabila sesuatu perniagaan itu bertindak-balas di dalam Kenaikan Kos Pembuatan dengan Menaikkan Harga Jualan untuk mengimbangi Kos-Kos Tambahan yang tidak dapat di serap oleh Pihak Syarikat.
  • Langkah Menaikkan Harga Jualan ini sebagai langkah untuk mengurangkan JURANG KERUGIAN yang terpaksa di tanggung dan di Lepaskan kepada Pengguna.
  • Tetapi wujud pelbagai FAKTOR mengapa sesuatu KOS PEMBUATAN itu meningkat seperti Perkara-Perkara yang berlaku seperti berikut
1a...KENAIKAN HARGA IMPORT BAHAN MENTAH
  • Kenaikan KOS Bahan-Bahan Mentah yang di Import di sebabkan oleh Kadar Inflasi di Negara-Negara yang banyak bergantung kepada Eksport KOMODITI
  • Kejatuhan Nilai Matawang Negara dalam Pertukaran Matawang Asing yang meningkatkan Kos Eksport.
1b...KENAIKAN KOS BURUH
  • Kenaikan Kos Buruh juga merupakan Faktor di dalam kenaikan Harga Barangan dalam Pasaran, dimana Kos gaji Buruh telah melebihi Tahap Produktiviti Pengeluaran Syarikat
  • Oleh kerana itu, Pihak Syarikat akan melepaskan Kenaikan Kos Buruh kepada Pengguna juga, langkah untuk melepaskan kenaikan Kos Buruh ini HANYA di lakukan JIKA KOS yang terlibat Terlalu BESAR untuk di serap oleh Pihak Syarikat
  • Tetapi di dalam kebiasaan nya Pihak Syarikat Tidak Akan berbuat demikian di dalam Keadaan Ekonomi yang masih menggalakkan.
SEBAB KEDUA
INFLASI PENARIK KOS - Demand Pull Inflation

2a...KESUSUTAN NILAI KADAR PERTUKARAN 
  • Kesan Peningkatan Harga Import dan Pengurangan Harga Eksport ke Negara Asing
  • Jika Jumlah Import itu sedikit dan Jumlah Eksport itu Tinggi maka ini akan meningkatkan "Active Duty" dan jika Ekonomi di penuhi Pekerjaan maka Harga Barangan akan sendiri nya meningkat.
2b...PENGURANGAN CUKAI LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG
  • Jika Cukai Langsung di kurangkan maka Pihak Pengguna akan memiliki lebih banyak Penjimatan dan Wang dan ini akan meningkatkan Permintaan
  • Dan Pengurangan Cukai Tidak Langsung pula akan mewujudkan Pembelian dalam Jumlah yang besar di dalam produk dan Perkhidmatan Perniagaan.
  • Kedua-dua faktor ini boleh meningkatkan Agregat Permintaan dan KDNK yang lebih tinggi dan berada di luar Potensi KDNK.
2c...PERTUMBUHAN PESAT DALAM BEKALAN WANG
  • Ini akan mengakibatkan Peningkatan di dalam Pinjaman Masyarakat di dalam Kadar Faedah Bank yang Rendah
  • Ramai Pakar Ekonomi berpendapat bahawa langkah itu akan menyebabkan Kadar Inflasi meningkat di dalam Negara.
  • Dan Pihak PENGUASA Kewangan seperti BNM membenarkan BEKALAN WANG BERLEBIHAN DALAM EDARAN yang telah melebihi Tahap keperluan di dalam Penggunaan Ekonomi yang sebenar.
2d...PENINGKATAN KEYAKINAN PENGGUNA DAN KENAIKAN HARGA HARTANAH

  • Kedua-dua Faktor ini akan meningkatkan Permintaan Seisi Rumah untuk semua Barangan dan Perkhidmatan Pengguna.
APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA
  • Negara Malaysia mengalami Keadaan INFLASI yang di kenali sebagai INFLASI Model Segi Tiga, di mana ia merujuk kepada cara memeriksa INFLASI, yang berasal dari apa yang dikenali sebagai "The Curve Phillips". 
  • Dalam INFLASI Model Segi Tiga, Inflasi adalah di lihat sebagai didorong oleh 3 Jenis Inflasi yang berbeza seperti :

  1. Inflasi
  2. Inflasi Tolakan Kos
  3. Inflasi Tarikan-Permintaan
PENJELASAN NYA
Terbina dalam Inflasi
  • Salah satu daripada 3 Sudut Model Segi Tiga, Inflasi yang di sebabkan pada beberapa Faktor di masa lalu yang sama ada dengan Inflasi Kos Tolakan atau Inflasi Permintaan-Tarikan dan terus menjadi Faktor Masaalah untuk Ekonomi  hari ini. 
  • Kerana prinsip-prinsip tertentu Makroekonomi, seperti apa yang dikenali di dalam Lingkaran Harga Upah, kadar Inflasi ini tidak pernah selesai. 
  • Sebaliknya, Inflasi Terbina dan menjadi sebahagian Jangkaan Ekonomi dan dalam Model Segi Tiga, Terbina dalam Inflasi telah menjadi Asas kepada Inflasi Model Segi Tiga.
Inflasi Tolakan Kos
  • Bahagian Kedua Model Segi Tiga juga sering di sebut sebagai INFLASI KEJUTAN BEKALAN iaitu  Inflasi Tolakan Kos berlaku apabila sesuatu Kos dalam Ekonomi NAIK dan tidak boleh di gantikan dengan mudah
  • Inflasi Tolakan Kos sering berlaku apabila PEMBEKAL ASING kepada Produk atau Perkhidmatan Utama MENINGKATKAN KOS mereka dan Ekonomi PENGIMPORT terpaksa membayar HARGA yang lebih tinggi.
RUMUSAN NYA
  • Kesemua Faktor-Faktor yang menjadi PENYEBAB UTAMA di dalam Kewujudan INFLASI tersebut adalah BERKAIT-RAPAT dengan POLISI-POLISI yang di gunakan oleh Pihak Kerajaan yang Memerintah di dalam PENGAWALAN EKONOMI NEGARA.
  • Yang melibatkan Hal-Hal Pengurangan dan Penarikan KADAR SUBSIDI untuk KEPERLUAN TERTENTU
  • Dan dengan KEHILANGAN SUMBER SUBSIDI maka Pihak PENGIMPORT terpaksa membayar Nilai Harga yang Lebih Tinggi dan melepaskan KOS TAMBAHAN itu kepada PENGGUNA.
  • Akhir nya Pihak Pengguna terpaksa menanggung BEBAN KENAIKAN HARGA yang sepatutnya masih dapat di kawal dengan Penggunaan SUBSIDI melalui Peruntukan Dana Negara yang DI KHUSUSKAN untuk MEMBANTU RAKYAT.
CARA UNTUK MENYELESAIKAN
  • Pihak Kerajaan harus BERBALIK kepada "The Rule of 70" (Istilah Ekonomi) untuk bagaimana menentukan sesuatu MASA Kadar Inflasi itu akan berterusan dan di KAJI dengan MASA  Pertumbuhan PELABURAN akan meningkat.
  • Dimana melalui "The Rule of 70, semua perkara yang bersangkutan dengan FAKTOR EKONOMI NEGARA seperti Tempoh Masa Inflasi, Pertumbuhan Kadar Faedah dan Kekuatan Nilai Matawang di KAJI SEMULA untuk menentukan KEPUTUSAN MUTAKHIR mendapatkan KAEDAH PEMBETULAN EKONOMI.
  • Dan Keadaan INFLASI yang di Alami oleh Malaysia masih BOLEH DI BAIK-PULIH jika Pihak Kerajaan BERBALIK kepada GARISAN PERMULAAN SEMULA dimana PUNCA masaalah itu di wujudkan.
Editor